Wednesday, 22 July 2015

Amali Minggu2

Amali pada minggu ini ialah menggunakan Internet, Enjin Carian Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


  • ·         Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks
  • ·         Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa
  • ·         Menggunakan folder dalam pengkomputeran awam untuk berkongsi bahan contohnya Google Drive/Dropbox
  • ·         Menggalakkan usaha kolaboratif dalam perkongsian bahan

1. Mengumpul dan mengkategorikan Bahan Audio, Video, Grafik dan Teks

a. Bahan Audio

Audio Lagu Bangun Pagi





Video
Belajar ABC Bersama Upin Ipin

Kata Kerja





2. Mengumpul Bahan daripada Internet ke dalam Folder Berdasarkan Kemahiran Bahasa

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun Satu

  • KEMAHIRAN MENDENGAR
    Objektif:
    i.                     Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dari persekitaran dengan teliti dan betul
    Tajuk bahan: Mengenal Bunyi Haiwan (video)



Kesesuaian bahan dengan kemahiran: Bahan video ini mengandungi beberapa bunyi haiwan yang ingin diajar kepada para pelajar. Bukan itu sahaja, ia juga menarik kerana turut disertakan dengan gambar haiwan berkenaan. Melalui bahan ini juga, guru dapat membunyikan bunyi-bunyi haiwan bersama-sama para pelajar.


ii.                    Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul


Tajuk bahan: Langkah 1 suku kata terbuka (video)

Kesesuaian bahan dengan kemahiran: Bahan ini sanagt sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi murid tahap satu kerana terdapat aktivti mendengar, mengecam dan menyebut 1 suku kata terbuka. Bukan itu sahaja, gambar juga turut disediakan bagi memudahkan pembelajaran murid-murid.

KEMAHIRAN MEMBACA
Objektif: 
i. Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul

Tajuk bahan: Petikan Arnab yang Malas
Kisah Teladan: Arnab yang Malas

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.
 Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.

Kesesuaian bahan: Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Selain itu, ia juga mudah difahami oleh pelajar kerana ceritanya yang pendek.

ii.                     Membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan bergabung yang betul
Tajuk bahan: Kad Membaca Pintar




Kesesuaian bahan: Sesuai untuk melatih murid tahun 1 membaca pada peringkat awal.


iii.   Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul

Kepentingan Makanan Seimbang

Kesihatan ialah anugerah Tuhan yang wajar kita syukuri dan pelihara. Menjaga kesihatan ialah tanggungjawab setiap individu. Kesihatan penting dalam kehidupan manusia supaya mereka dapat melakukan aktiviti seharian dengan sempurna.

        Masalah kesihatan seseorang berkait rapat dengan corak pemakanan yang diambil. Jenis pemakanan yang kita ambil akan memberikan kesan positif kepada tubuh badan sebaliknya memberi kesan negatif sekitanya diambil secara berlebihan. Corak pemakanan yang betul dan seimbang sangat penting bagi mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kardiovaskular dan obesiti.

        Sebaik-baiknya, setiap makanan yang kita ambil perlulah mengandungi pelbagai zat makanan dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan. Pengambilan tersebut perlulah dalam kuantiti yang ditetapkan iaitu mengikut keperluan tubuh. Misalnya, makanan yang mengandungi protein, karborhidrat, vitamin dan zat-zat yang lain perlu diambil pada setiap hari kerana organ dalam tubuh manusia memerlukan zat-zat yang berbeza.

        Bagi kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan sumber protein bagi membina tisu-tisu dalam tubuh badan mereka. Oleh sebab itu mereka digalakkan mengambil makanan yang mengandungi sumber protein bagi membantu perkembangan dan memperbaiki sel-sel dala tubuh badan mereka.

        Seseorang yang memerlukan sumber tenaga yang lebih untuk menjalankan aktiviti perlu mengambil sumber makanan yang mengandungi karbohidrat dan lemak dalam kuantiti yang betul. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan dapat menymbang kepada risiko untuk mendapat penyakit jantung kerana karbohidrat tersebut ditukar kepada lemak. Pengumpulan lemak dapat menyempitkan saluran arteri dalam darah seterusnya menyebabkan penyakit jantung.

        Pengambilan makanan yang mengandungi vitamin juga sangat penting. Sesungguhnya pengambilan seimbang dan tidak berlebihan tidak akan memudaratkan kesihatan. Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang betul bagi menjaga kesihatan kita dan bukannya memenuhi selera makan kita.

Kesesuaian bahan: Guru membaca dan meminta murid untuk mengenal pasti idea utama
                

iv. Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bentuk bahan grafik dengan betul dan memindahkannya ke dalam bentuk ayat.

Kesesuaian bahan: Melalui grafik ini, pelajar diminta menyatakan pendapat mereka tentang grafik tersebut.

Kemahiran Menulis

objektif: Murid menulis sebuah cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru.


Tajuk bahan: Menolong Ibu

Kesesuaian Bahan dengan Kemahiran: Gambar rajah ditunjukkan kepada murid. Kemudian guru membaca ayat tunggal yang berkaitan gambar rajah. Murid menulis semula apa yang guru sebutkan.


No comments:

Post a Comment