Penggunaan Enjin
Carian Bahan Bahasa Melayu
Pada minggu ini, kami telah belajar
tentang penggunaan enjin carian bahan bahasa Melayu. Melalui pembelajaran pada
minggu ini, saya faham bahawa penting bagi seseorang guru untuk membuat penyimpanan
bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet. Hal ini adalah kerana,
penyimpanan bahan dalam bentuk ini memudahkan seseorang guru untuk mencari dan
mendapatkan maklumat melalui kata kunci dan alamat internet yang terkandung
dalam katalog internet. Melalui langkah ini juga, guru dapat menjimatkan masa
dalam mencari bahan yang berkaian dengan isi pengajaran dan pembelajaran.
Contoh Katalog Internet:
TAJUK
|
KATA NAMA
|
URL
|
|
SIPNOSIS
|
Laman sesawang ini
mengenai kata nama
1.
Kata Nama khas
2.
2. Kata Nama Am
|
Selain
itu, saya juga turut menambahkan pengetahuan saya dalam penggunaan web, video,
audio dan imej. Walaupun sebelum ini saya memang menggunakan bahan ini dalam
mencari sumber rujukan dan untuk hiburan, namun, setelah mengikuti subjek ini
saya faham bahawa penggunaan bahan yang menarik dan bersesuaian amat penting
bagi menarik minat para pelajar untuk mengikuti pembelajaran. Hal ini juga
bertujuan untuk membantu mereka lebih faham akan pembelajaran yang diajar.
Akhir
sekali, saya juga telah belajar tentang penggunaan kata kunci atau pun frasa
yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu. Penggunaan kata
kunci memudahkan saya untuk mencari bahan pengajaran yang dikehendaki.
No comments:
Post a Comment