Sunday, 16 August 2015

Refleksi Minggu 3


Pengaplikasian Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

Pada minggu ini, kumpulan kami telah ditugaskan untuk membuat pembentangan iaitu bagi tajuk Aplikasi Garis Panduan dan etika Penggunaan Internet. Melalui maklumat yang saya baca, saya telah memahami dan mengetahui tentang garis panduan penggunaan internet. Sebenarnya, tujuan utama garis panduan ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel. Oleh itu, saya perlu menguasai dan memahami garis panduan ini supaya saya dapat menjaga dokumen saya daripada diceroboh oleh orang lain.

            Selain itu, saya juga telah belajar cara untuk memuat turun garis panduan dan etika penggunaan dari enjin pencari maklumat di internet. Garis panduan dan etika penggunaan internet telah disimpan di dalam fail saya. Berikut merupakan garis panduan mengenai tatacara penggunaan internet dan mel elektronik kerajaan di agensi-agensi kerajaan yang telah saya muat turun dari http://www.jmm.gov.my/files/pkpa012003-web.pdf


            Pada minggu ini juga, saya telah belajar memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan powerpoint. Brosur dan powerpoint yang saya telah buat boleh dilihat di ruangan amali saya pada minggu ini.


No comments:

Post a Comment