Monday, 3 August 2015

Kuliah Minggu 3

Pengaplikasian Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

Etika Penggunaan Internet



PENGENALAN
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan
penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa.Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan  keselamatan yang  bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dankebolehsediaan maklumat yang berterusan.

 TUJUAN
Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan internet
dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan
dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.

TATACARA PENGGUNAAN INTERNET

-          Teknologi internet telah memudahkan perhubungan antara pengguna dan
menyediakan akses kepada banyak maklumat dalam pelbagai bentuk format dengan
menyediakan sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan, analisis, rujukan dan
bahan-bahan lain yang berfaedah. Perkhidmatan Awam dalam usahanya menuju ke
arah pemodenan tadbiran telah melihat internet sebagai satu platformuntuk
penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan. Dalam konteks ini, kakitangan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu menggunakan kemudahan internet dengan
cara yang bertanggungjawab dan konsisten.
-          Internet adalah infrastruktur saluran global dan merupakan punca maklumat yang
tidak terkawal. Dengan sebab itu, ketepatan maklumat internet tidak boleh
ditentukan. Justeru, kakitangan JPN perlu memainkan peranan dan bertindak secara
bijak menilai kesahihan, ketepatan dan kesesuaian sesuatu maklumat yang diperolehi
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet

Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.

Objektif Kod Etika
i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer

Prinsip Kod Etika

i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko


Rukun Etika

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesional

i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain

a. Memuat Turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet










b. Memindahkan Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet dalam Bentuk Brosur dan Powerpoint


Brosur

Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan. 


Powerpoint

Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.







No comments:

Post a Comment