Sunday, 6 September 2015

Kuliah Minggu 7

Minggu 7: Pengaplikasian Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Hasil Pembentangan oleh:
Navin Baskaran
Partiban Maniam
Pau Ming Hui


1. Mengaplikasi Model Pemprosesan Maklumat Dalam Simulasi Pengajaran  Dengan Menggunakan Tapak Pembelajaran.
a.       Model pemprosesan maklumat
b.      Prinsip-prinsip utama model pemprosesan
c.       Proses utama
2.    Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam Simulasi Pengajaran Menggunakan Tapak Pembelajaran

Model Pemprosesan Maklumat
§  Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi.
§       Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
§    Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.

Prinsip-prinsip Utama Model Pemprosesan
§  Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
§  Pengaliran maklumat dua hala
§       Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan,              mengingat kembali dan lupaan.
§  Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Proses Utama
1      Pengenkodan ('Encoding')
Ø  Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
2      Penyimpanan ('Storage')
Ø  Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.
3     Mengingat Kembali ('Retrieval')
Ø  Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
4     Lupaan ('forgetting')
Ø  Proses yang menyebabkan maklumat'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan  panjang











No comments:

Post a Comment