Monday, 28 September 2015

Refleksi Minggu 8



Refleksi Minggu 8

Pada minggu ini, kami sekelas telah melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian seperti aplikasi Web 2.0. Kumpulan yang bertanggungjawab membentangkan tajuk ini telah membuat melaksanakan simulasi menggunakan Skype dan Yahoo Messeger. Melalai aplikasi web 2.0, proses pengajaran akan menjadi lebih menarik. Bukan itu sahaja, guru juga akan dapat memberikan tugasan dan mengadakan pengajaran walaupun beliau tidak hadir mengajar di kelas.

            Bukan itu sahaja, saya juga turut membuat tapak pembelajaran secara dalam talian dan luar talian. Penggunaan tapak pembelajaran menjadikan pengajaran lebih menarik dan rancak. Guru juga dapat menjalankan pengajaran dengan lebih teratur dan sistematik. Bahan pengaaran yang menarik dan menyeronokkan akan dapat membantu pelajar untuk lebih memberi perhatian semasa guru mengajar dan lebih mudah memahami apa yang disampaikan oleh guru



No comments:

Post a Comment