Monday, 28 September 2015

Refleksi Minggu 8



Refleksi Minggu 8

Pada minggu ini, kami sekelas telah melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian seperti aplikasi Web 2.0. Kumpulan yang bertanggungjawab membentangkan tajuk ini telah membuat melaksanakan simulasi menggunakan Skype dan Yahoo Messeger. Melalai aplikasi web 2.0, proses pengajaran akan menjadi lebih menarik. Bukan itu sahaja, guru juga akan dapat memberikan tugasan dan mengadakan pengajaran walaupun beliau tidak hadir mengajar di kelas.

            Bukan itu sahaja, saya juga turut membuat tapak pembelajaran secara dalam talian dan luar talian. Penggunaan tapak pembelajaran menjadikan pengajaran lebih menarik dan rancak. Guru juga dapat menjalankan pengajaran dengan lebih teratur dan sistematik. Bahan pengaaran yang menarik dan menyeronokkan akan dapat membantu pelajar untuk lebih memberi perhatian semasa guru mengajar dan lebih mudah memahami apa yang disampaikan oleh guru



Amali Minggu 8

Minggu 8: Melaksanakan simulasi Pengajaran dalam talian seperti Aplikasi Web 2.0













Amali 2: Melaksanakan simulasi Pengajaran atas Talian dan Luar Talian dengan Menggunakan Laman Web dan Tapak Pembelajaran









Kuliah Minggu 8




Minggu 8: Pengajaran Bahasa Melayu Secara dalam Talian dan Luar Talian
















Monday, 7 September 2015

Amali Minggu 7

Minggu 7: Memuat Turun Soalan Berkaitan dengan Bahasa Melayu 

Soalan 1












Refleksi Minggu 8

Minggu 8: Pengajaran Bahasa Melayu Secara dalam Talian dan Luar Talian


Pada minggu ini, kami sekelas telah melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian seperti aplikasi Web 2.0. Kumpulan yang bertanggungjawab membentangkan tajuk ini telah membuat melaksanakan simulasi menggunakan Skype dan Yahoo Messeger. Melalai aplikasi web 2.0, proses pengajaran akan menjadi lebih menarik. Bukan itu sahaja, guru juga akan dapat memberikan tugasan dan mengadakan pengajaran walaupun beliau tidak hadir mengajar di kelas.


            Bukan itu sahaja, saya juga turut membuat tapak pembelajaran secara dalam talian dan luar talian. Penggunaan tapak pembelajaran menjadikan pengajaran lebih menarik dan rancak. Guru juga dapat menjalankan pengajaran dengan lebih teratur dan sistematik.


Refleksi Minggu 7

Minggu 7:Pengaplikasian Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu



Pada minggu ini, saya telah belajar tentang aplikasi model pembinaan pemprosesan maklumat. Selain itu, saya juga turut belajar cara pengaplikasian model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran.
            Amali pada minggu ini memerlukan saya untuk memuat turun kertas soalan yang berkaitan dengan bahasa Melayu daripada laman web yang berkaitan contohnya daripada Bank Soalan. Selepas itu, saya perlu memasukkan HTML folder soalan tersebut ke dalam blog saya. Dalam hal ini, saya ,mengalami masalah kerana saya tidak tahu cara untuk memasukkan folder ke dalam blog. Namun, saya berjaya juga akhirnya kerana adanya kawan-kawan yang sudi memberi tunjuk ajar kepada saya.

Refleksi Minggu 6

Minggu 6: Pembinaan dan Pengaplikasian Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu



Pada minggu ini, saya telah belajar tentang struktur hierarki, struktur komposit, struktur linear dan struktur rangkaian. Saya juga turut mengetahui tentang penggunaan struktur ini dalam pengajaran dapat melancarkan proses pengajaran. Hal ini kerana, penggunaan perpautan dalam struktur ini dapat menjimatkan mas mencari bahan yang digunakan. Bukan itu sahaja, guru juga dapat lebih bersedia dalam menyampaikan topik yang ingin diajar.
            Pada amali minggu ini, saya telah membina struktur hierarki tentang kata nama. Bukan itu sahaja, saya juga turut membina struktur komposit tentang obesiti. Melalui struktur yang dibina ini, saya akan lebih mudah untuk memberi penerangan kepada pelajar kerana setiap maklumat telah dipautkan dengan URL yang berkaitan. Seterusnya, saya juga turut membuat struktur linear tentang puisi Melayu. Akhir sekali, saya telah membina struktur rangkaian tentang bahan pengajaran Bahasa Melayu.