Monday, 7 September 2015

Refleksi Minggu 6

Minggu 6: Pembinaan dan Pengaplikasian Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu



Pada minggu ini, saya telah belajar tentang struktur hierarki, struktur komposit, struktur linear dan struktur rangkaian. Saya juga turut mengetahui tentang penggunaan struktur ini dalam pengajaran dapat melancarkan proses pengajaran. Hal ini kerana, penggunaan perpautan dalam struktur ini dapat menjimatkan mas mencari bahan yang digunakan. Bukan itu sahaja, guru juga dapat lebih bersedia dalam menyampaikan topik yang ingin diajar.
            Pada amali minggu ini, saya telah membina struktur hierarki tentang kata nama. Bukan itu sahaja, saya juga turut membina struktur komposit tentang obesiti. Melalui struktur yang dibina ini, saya akan lebih mudah untuk memberi penerangan kepada pelajar kerana setiap maklumat telah dipautkan dengan URL yang berkaitan. Seterusnya, saya juga turut membuat struktur linear tentang puisi Melayu. Akhir sekali, saya telah membina struktur rangkaian tentang bahan pengajaran Bahasa Melayu.
            

No comments:

Post a Comment