Minggu 2: Penggunaan Internet, Enjin Carian Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Melalui amali yang dilakukan pada minggu
ini, saya telah belajar tentang cara untuk mengumpulkan bahan daripada
internet. Contohnya ialah bahan audio, video dan teks. Penggunaan bahan seperti
ini sangat membantu dalam proses pengajaran Bahasa Melayu di sekolah kerana
dapat menarik minat para pelajar.
Selain
itu, saya juga turut belajar tentang cara untuk mengumpul bahan daripada
internet ke dalam folder berdasarkan setiap kemahiran bahasa. Oleh itu, saya
perlu memuat turun bahan yang berkaitan kemahiran bahasa yang saya buat dan
memasukkan ke dalam sebuah folder.
Di
samping itu, saya juga turut belajar tentang cara untuk berkongsi bahan melalui
Goggle Drive ataupun Dropbox. Dalam amali ini, saya telah membuka akaun Dropbox
bagi memudahkan saya untuk berkongsi maklumat dengan raka-rakan saya yang lain
apabila menjalankan sesuatu tugasan.
No comments:
Post a Comment