MINGGU KELIMA
Tugasan minggu kelima mengkehendaki saya
untuk membina dan menggunakan tapak dan laman web pembelajaran dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Di akhir pembelajaran pada minggu kelima ini,
saya dapat membina tapak pembelajaran dan juga laman web bagi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, amali pada minggu ini dapat memberi satu
lagi pengetahuan dan juga kemahiran dalam membina laman web sendiri sebagai
satu kemahiran di mana saya dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan serta
kemahiran dengan rakan-rakan laman yang lain.
Melalui tugasan ini, banyak
perkara baharu yang saya pelajari dan mahiri. Antara kemahiran yang saya dapat
pelajari ialah cara bagaimana untuk membina tapak pembelajaran. Sebelum ini
saya hanya tahu menggunakan sesuatu tapak pembelajaran itu yang dihasilkan oleh
individu lain namun melalui tugasan ini penulis dapat merasai sendiri
pengalaman bagaimana untuk membina laman. Laman yang saya hasilkan adalah
khusus untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Melaluinya, saya dapat
memindahkan sesuatu pengajaran tersebut dalam bentuk pembelajaran kendiri yang
boleh digunakan oleh individu tertentu tanpa pengajaran guru. Ini sebenarnya
dapat memberi dan meningkatkan lagi pengetahuan seseorang individu tersebut
melalui kerja sendiri di samping dapat menghasilkan sesuatu pembelajaran yang
berkesan kerana mudah untuk digunakan, arahan yang ringkas, penuh dengan
grafik, berwarna-warni dan sebagainya. Selain itu, melalui pengetahuan dan
kemahiran ini saya juga dapat menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar yang
mana dapat memudahkan lagi satu-satu proses pengajaran tersebut.
Di samping itu, tugasan
minggu ini juga dapat memberi pengetahuan dan kemahiran yang kepada saya untuk
membina laman sendiri. Melalui laman sendiri, saya juga dapat berkongsi bahan
dan idea yang sesuai dengan fokus mata pelajaran Bahasa Melayu agar bahan yang
dihasilkan tersebut dapat memberi manfaat sekaligus dapat memajukan lagi
perkembangan dan kemajuan dalam meningkatkan lagi penggunaan Bahasa Melayu
sesuai dengan edaran teknologi semasa. Sehubungan dengan itu, laman web yang
dihasilkan juga bukan sahaja dapat membolehkan saya berkongsi bahan dengan
rakan lain malah dapat bertukar-tukar pandangan mengenai sesuatu topik yang
dibincangkan agar pengetahuan dan pengalaman itu dapat dikembangkan seterusnya
dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua pelayar laman agar terus dapat
memberi sumbangan khususnya melalui Bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment